Apa itu geran kongsi @ bersama
Tanah lot geran bersama atau kongsi ialah tanah yang dimiliki oleh dua atau lebih individu di bawah satu geran tanpa pecahan lot yang jelas. Semua pemilik berkongsi hak ke atas keseluruhan tanah, bukan bahagian tertentu. Situasi ini biasa berlaku di Malaysia, terutama untuk tanah pusaka atau warisan.
Hak Pemilik Bersama
Hak guna tanah: Semua pemilik boleh menggunakan tanah, selagi tidak menjejaskan hak orang lain.
Hak keuntungan: Jika tanah disewakan, hasil mesti dibahagi mengikut persetujuan atau bahagian pemilikan.
Hak jual bahagian: Pemilik boleh menjual bahagian mereka, tetapi perlu persetujuan semua pemilik lain.
Hak mohon pembahagian: Jika berlaku pertikaian, pemilik boleh memohon pembahagian melalui mahkamah.
Kesimpulan
Tanah lot geran kongsi @ bersama selamat untuk diduduki dan dibeli sekiranya semua pemilik bersetuju dengan syarat dan bahagian
masing-masing. Penjualan tanah jenis ini juga adalah sah seperti syarat yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah melalui pendaftaran nama pemilik di dalam geran dan bahagian yang dibenarkan.
Comments
There are no comments yet
Leave a Comment